Home » Langit Terbuka » Mufti Perak positif Covid-19

Mufti Perak positif Covid-19

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria. - Foto Ismaweb

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu selain meminta agar semua pihak mendoakan kesembuhan Harussani.

“Tan Sri (Harussani) masih menerima rawatan di HRPB. Mohon doa dari semua.

“Saya hanya boleh sahkan beliau masih dirawat di HRPB. Berkenaan (dakwaan) beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, (maka) itu perlu dirujuk kepada ahli keluarganya,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas mengenai mesej WhatsApp yang tular mendakwa Harussani dijangkiti wabak itu.

Mesej terbabit antara lain menyatakan Harussani disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen namun dalam keadaan beliau masih sedar.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim melalui hantaran di Facebook pada 12 Mei lalu turut memuat naik mengenai keadaan Harussani.

“Saya mendapat maklumat Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak Darul Ridzuan dan isteri beliau positif Covid-19, sedang menerima rawatan di Hospital Permaisuri Raja Bainun, Ipoh. Sama-sana kita berdoa agar Allah pelihara kedua-dua insan yang kita kasihi ini,” tulisnya. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *