Home » Langit Terbuka » Muhammad Adib mula beri respon kepada doktor

Muhammad Adib mula beri respon kepada doktor

Menurut IJN, Muhammad Adib masih kritikal tetapi stabil dengan tanda semakin pulih - Foto Harian Metro

KUALA LUMPUR – Anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Height awal pagi Isnin lalu mula menunjukkan reaksi terhadap arahan doktor .

Dalam kenyataan terbaharu Institut Jantung Negara (IJN), Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, telah mula memberikan tindak balas kepada beberapa arahan lisan namun anggota bomba tersebut masih diberi sedatif untuk membantu memulihkan organ dalamannya.

“Ringkasnya keadaan beliau masih kritikal tetapi stabil dengan tanda semakin pulih.

“Pihak fisioterapi akan memulakan latihan pasif sebagai sebahagian pemulihan jantung dan paru-paru mangsa ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *