Inkues Muhammad Adib dijalankan dengan teliti, elak polemik

ALOR SETAR – Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan dilaksana dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kelompangan dan dipolemikkan pihak tertentu. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, tidak timbul isu tentang perkara itu sengaja dilengahkan sebaliknya setiap proses dilakukan secara terbaik kerana ia merupakan isu nasional. […]

TH tawar ibu bapa Adib tunai haji

ALOR SETAR – Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan ibu bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, untuk menunaikan ibadat Haji pada musim tahun depan. Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof selepas melawat ibu bapa Allahyarham iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, dan Asma Aziz, 51 di rumah mereka […]

Inkues perlu bagi lengkap siasatan secara menyeluruh

PUTRAJAYA – Inkues dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim adalah perlu bagi melengkapkan siasatan membabitkan anggota bomba itu secara menyeluruh dan sempurna. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata, pihaknya menyokong dan menyambut keputusan mengadakan inkues yang sekali gus dapat mengenal pasti punca kematian. “Dalam soal ini, saya rasa Kementerian […]

Sultan Nazrin menitiskan air mata bertitah mengenai kematian Adib

GEORGETOWN – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menitiskan air mata ketika bertitah mengenai kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia pada 17 Disember lalu. Baginda bertitah, Muhammad Adib yang memenuhi tugas negara, menjadi korban dalam peristiwa hitam yang berlaku di tapak kuil Seafield di Subang Jaya. “Seluruh negara, […]

Anugerah Adib bagi mengenang ‘wira merah’

KUALA LUMPUR – ‘Anugerah Adib’ dicadang diwujudkan sebagai tanda penghargaan jasa dan pengorbanan ‘wira merah’ itu merungkai pergolakan susulan rusuhan kuil di Seafield, pada 27 November lalu. Ahli Parlimen Iskandar Puteri,Lim Kit Siang, ketika menyuarakan cadangan itu berkata penganjuran pemberian anugerah secara tahunan itu akan disampaikan kepada individu yang menyumbang kepada pembangunan dan perpaduan masyarakat. […]

Jika penguatkuasa terbunuh akibat tindakan ganas penjenayah, itu biasa…

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan antara jutaan rakyat Malaysia yang sangat terkesan berikutan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim jam 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara. Di laman Twitternya, Musa memang kerap membuat ulasan tentang tragedi yang menimpa Muhammad Adib. Malah dalam temuramah bersama MalaysiaGazette baru-baru ini, beliau menekankan […]

Kematian anggota bomba Adib diklasifikasi kes bunuh

KUALA LUMPUR -Kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim kini disiasat dan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, kata Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab. Beliau dalam kenyataan malam tadi berkata, kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh, tetapi kini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun […]

Muhammad Adib mula beri respon kepada doktor

KUALA LUMPUR – Anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Height awal pagi Isnin lalu mula menunjukkan reaksi terhadap arahan doktor . Dalam kenyataan terbaharu Institut Jantung Negara (IJN), Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, telah mula memberikan tindak balas kepada beberapa arahan lisan namun anggota bomba […]