Home » Langit Terbuka » Mujahid mohon maaf atas kenyataan yang mengelirukan

Mujahid mohon maaf atas kenyataan yang mengelirukan

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kenyataannya pada Jumaat lalu bukanlah suatu yang muktamad mahu pun berupa arahan

KUALA LUMPUR –   Selepas mengadakan satu sidang akhbar yang menggemparkan dengan wakil transgender, Nisha Ayub pada minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa hari ini tampil dengan permohonan maaf dan menarik semula kenyataannya yang kurang sesuai dan mengelirukan orang ramai.

Menerusi satu kenyataannya itu, Muhajid mengakui, beliau menyedari kenyataan yang dinyatakannya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutamanya mengenai penggunaan tandas awam dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

Jelas Mujahid, kenyataannya pada Jumaat lalu bukanlah suatu yang muktamad mahu pun berupa arahan. Ia sekadar maklumbalas atau respons spontan daripadanya.

“Ingin saya tegaskan bahawa tiada arahan ataupun keizinan daripada saya untuk golongan transgender berkongsi tandas awam dengan kaum wanita, sebaliknya hanyalah “maybe” dan “if”,” ujarnya.

Kata Mujahid lagi, sama juga hal berkaitan dengan saf solat.

“Apapun, saya memohon maaf kepada pihak yang berasa terancam dengan kekeliruan yang berlaku dan juga menarik balik semula kenyataan yang kurang sesuai,” katanya.

Katanya lagi, hal yang berkaitan dengan isu transgender adalah lebih sesuai dibicarakan secara lebih lanjut kelak oleh pihak mufti sebagai keputusan terbaik.

Ujarnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah pun menjalankan kerja-kerja dakwah secara sasaran (engagement) terhadap pelbagai kumpulan sasaran terutamanya dalam isu transgender.

Namun begitu, kata Mujahid, pendekatan dakwah sebegini bukan bermakna beliau dan kerajaan menyokong perlakuan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

 

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/mujahid-mohon-maaf-atas-kenyataan-yang-mengelirukan-1.728036

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *