Home » Langit Terbuka » Nooh cedera kemalangan, terima 9 jahitan

Nooh cedera kemalangan, terima 9 jahitan

Dato' Nooh Gadot yang merupakan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan juga adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM

JOHOR BAHRU – Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot cedera apabila kenderaan dipandunya terbabas lalu masuk ke dalam longkang berhampiran kediamannya di Nong Chik, di sini semalam.

Selain cedera di kepala, beliau turut menerima sembilan jahitan di bawah dagunya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kemalangan itu berlaku pukul 1.37 petang tadi.

“Kenderaan jenis Mercedes Benz yang dipandu beliau terbabas ke dalam longkang bersebelahan kediamannya.

“Beliau dirawat di wad kecemasan Hospital KPJ Pakar Puteri dan menerima sembilan jahitan di bawah dagu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dato’ Nooh Gadot yang merupakan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan juga adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM.

 

https://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/nooh-cedera-kemalangan-terima-9-jahitan-1.727509

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *