Home » Citra Yadim » Multaqa Wanita Kebangsaan tubuh jawatankuasa

Multaqa Wanita Kebangsaan tubuh jawatankuasa

KUALA LUMPUR – Pada 22 September 2016 telah berlangsungnya Multaqa Wanita Kebangsaan anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN)-YADIM dengan kerjasama pelbagai pihak  di Dewan Jumu’ah, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak.

Yang turut menjayakan program multaqa ini ialah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Alumni Pengajian Islam Kebangsaan (MAPIK) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Multaqa Wanita Kebangsaan yang bertemakan, ‘Wanita Pemacu Perpaduan Ummah’ ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu:

  • Multaqa Wanita sebagai wadah kepada perbincangan di kalangan individu yang ingin menyumbang kepada perpaduan ummah
  • Mencari asas perpaduan yang boleh disepakati secara bersama untuk dilaksanakan secara secara komprehensif lagi holistik
  • Mencari mekanisme untuk merealisasikan tindakan bagi mencapai matlamat perpaduan ummah.

Dalam multaqa itu satu resolusi telah dikeluarkan yang antara lain menyatakan persetujuan untuk menubuhkan jawatankuasa tindakan bagi setiap usul yang dibentangkan seperti berikut:

  • Wanita Dakwah Teknologi Center (WATEC) diketuai oleh Puan Roslinah Daud
  • Pendidikan Wanita diketuai oleh Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
  • Pengukuhan Institusi Keluarga (Parenting) diketuai oleh Dr. Aswati Hamzah dan Puan Azlina Roszy Mohamad Ghaffar
  • Hal ehwal wanita antarabangsa International Islamic Women Speakers diketuai oleh Dr. Roselainy Abdul Rahman

Setiap jawatankuasa akan disertai oleh Rakan Wanita yang berminat untuk menyumbang tenaga dan idea bagi menjayakan usul tersebut.

Tempoh tindakan bagi setiap jawatankuasa ditetapkan untuk maklumbalas tindakan kepada Dewan Wanita adalah pada awal Disember 2016.

Mesyuarat Penyelarasan bagi setiap jawatankuasa ini akan diadakan segera.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *