Home » Langit Terbuka » Kenaikan caj visa: Agensi pelancongan Maghribi, Mesir boikot haji, umrah

Kenaikan caj visa: Agensi pelancongan Maghribi, Mesir boikot haji, umrah

RABAT, 10 Okt. – Persekutuan Agensi Pelancongan Kebangsaan Maghribi (FNAVM) membuat keputusan memboikot trip umrah berikutan langkah Arab Saudi mengenakan caj baharu visa sebanyak SR2,000 kepada jemaah umrah dan haji.

FNAVM juga bersetuju untuk memboikot pameran haji dan umrah di Arab Saudi selain menghubungi Riyadh supaya memansuhkan caj baharu, bagi memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah umrah, bukan menambah beban mereka.

Pada masa sama, Persekutuan Agensi Pelancongan Mesir juga membuat keputusan memboikot pameran haji dan umrah di Arab Saudi.

Mereka juga menubuhkan jawatankuasa dengan kerjasama Kementerian Luar untuk meminta Kementerian Haji Arab Saudi memansuhkan caj baharu itu.

2 Oktober lalu, Arab Saudi menguatkuasakan kadar caj visa haji dan umrah baharu iaitu bagi kemasukan kali pertama adalah percuma, tetapi kali kedua jemaah akan dikenakan bayaran SR2,000 (RM2,150).

Manakala bayaran caj visa kemasukan pelbagai kepada rakyat asing turut dinaikkan iaitu 3,000 riyal (RM3,220) bagi tempoh enam bulan, setahun SR5,000 (RM5,370), manakala dua tahun SR8,000 (RM8,597). – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *