Home » Citra Yadim » Munajat Sejahtera Malaysia Masjid Sidam Kiri

Munajat Sejahtera Malaysia Masjid Sidam Kiri

SUNGAI PETANI – Program Munajat Sejahtera Malaysia anjuran YADIM baru baru ini menyaksikan pelbagai pengisian diadakan di seluruh negara.

Di Kedah umpamanya, YADIM, Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani bekerjasama dengan komuniti penduduk di sini mengadakan program YADIM Lestari – Gotong-Royong dan Doa Munajat Sejahtera Malaysia di Masjid Sidam Kiri pada 29 Oktober.

Program bermula dengan Solat Dhuha dan doa Munajat yang diketuai oleh Ustaz Shafizam Mohd Arif selaku Imam Masjid tersebut sebelum aktiviti gotong royong bermula membersihkan kawasan sekitar dan tanah perkuburan.

Seramai 80 orang peserta terlibat dalam program ini dan pihak YADIM Kedah menyediakan makanan tengahari pada semua peserta yang dimasak oleh muslimat secara gotong royong.

Hadir ke program ini ialah Ustaz Haji Azmi Mohammad sebagai wakil YADIM Kedah, Pengerusi Komuniti Sungai Petani, Cikgu Haji Razali Othman, Setiausaha Masjid, Haji Hasan Hashim serta Ahli Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Sidam.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *