Home » Citra Yadim » Musaádah 3.0 santuni warga Pondok Pondok Ribat Nasrul Muhajirin dan Pondok Al Hidayah Al Hukmiah

Musaádah 3.0 santuni warga Pondok Pondok Ribat Nasrul Muhajirin dan Pondok Al Hidayah Al Hukmiah

KUBANG PASU – Warga pondok Ribat Nasrul Muhajirin dan Pondok Al Hidayah Al Hukmiah di sini, menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 14 Julai.

Turut disantuni ialah sebanyak tiga keluarga di sini yang dikenalpasti memerlukan bantuan.

Keseluruhannya, sebanyak 30 kotak makanan disumbangkan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kelas pengajian di sini tetap diteruskan menggunakan medium Google Meet dan live di Facebook

Hadir ke program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Air Hitam, Yang Berhormat Ustaz Haji Azhar Ibrahim dan Pengerusi Pertubuhan Jerlun Care, Ustaz Abd Hadi Omar.

Turut sama ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Mudir Pondok Ribat Nasrul Muhajirin, Tuan Guru Ustaz Abd Nasir Abd Ghani dan Mudir Pondok Al Hidayah Al Hukmiah, Tuan Guru Ustaz Haji Abd Rauf Awang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *