Home » Citra Yadim » Musaádah 3.0 Siri 4 Mersing YADIM Johor

Musaádah 3.0 Siri 4 Mersing YADIM Johor

MERSING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah melaksanakan program Musaadah Covid 3.0 di Kampung Penyabung, Endau pada 28 Ogos dan Kampung Belukar Juling, Endau pada 2 September 2021.

Diadakan dengan kerjasama Masjid Kampungg Penyabung dan Masjid  Kampung Belukar Juling, program ini telah menyantuni seramai 40 keluarga yang dikenalpasti memerlukan.

Keluarga yang disantuni ini adalah mereka yang terkesan dengan Pandemik Covid 19 hingga menyebabkan mereka tidak dapat keluar bekerja.

Turut disantuni adalah penduduk kampung yang sedang sakit kronik dan ditimpa kemalangan. Kesemua keluarga ini menerima pek keperluan barangan asas seperti beras, minyak dan telur.

Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah turun padang mewakili badan ini selain turut disertai  Sukarelawan YADIM Mersing, Haji Rosli Abdul Rahman, Haji Roslan Ahmad dan Ustaz Yusof Embong.

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *