Home » Citra Yadim » Musaadah 3.0 YADIM Kedah di Kampung Perigi, bersama Surau Al Muhsinin, KLCC

Musaadah 3.0 YADIM Kedah di Kampung Perigi, bersama Surau Al Muhsinin, KLCC

YAN – Dengan kerjasama Surau Al Muhsinin, Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 12 Jun telah menyampaikan sumbangan kepada warga Kampung Perigi di sini yang memerlukan.

Seramai 30 keluarga dan asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program ini.

Kluster Dah Perigi dikesan oleh Kementerian Kesihatan di sini sejak tiga minggu lalu.

Hadir ke program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat dan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Surau Al Muhsinin diwakili oleh Haji Abdullah M.Azhar dan Noor Shameza Abd Razak.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Perigi dan Penghulu Mukim Yan selain Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang membantu melicinkan perjalanan program.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *