Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 di Kulim

Musa’adah Covid-19 di Kulim

KULIM – Program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah diteruskan ke daerah ini pada bulan Ramadan ini.

Diadakan dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Kulim dan Masjid Al Muthmainnnah, Jalan Bendahara di sini, sebanyak 30 set barangan keperluan diedarkan kepada golongan sasaran pada 26 April.

Mewakili YADIM Kedah ialah Pengarahnya, Hafsah Husain dan Azmi Mohammad. Mereka dengan bantuan rakan rakan badan bukan kerajaan, telah menyampaikan set barangan keperluan kepada 30 keluarga yang terdiri daripada muallaf, asnaf B40 dan ibu tunggal yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Hadir sama ialah Setiausaha MACMA Kulim, Umie Sarina Abdullah dan Imam Masjid Al Muthmainnah, Risman Abd Aziz.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *