Home » Langit Terbuka » Arab Saudi tarik balik sebahagian perintah berkurung

Arab Saudi tarik balik sebahagian perintah berkurung

Pihak berkuasa berkaitan di Arab Saudi diberi kuasa untuk menentukan sama ada restoran, pawagam, salon kecantikan dan kemudahan lain perlu ditutup jika langkah-langkah pencegahan Covid-19 tidak dipatuhi. - Foto OhBulan

MOSCOW – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud mengarahkan perintah berkurung di seluruh negara ditarik balik kecuali di Makkah dan sejumlah kawasan lain yang ditetapkan bermula Ahad hingga 13 Mei, memetik agensi berita Arab Saudi (SPA).

Agensi berita Sputnik melaporkan di bawah dekri itu kedai runcit dan beli-belah kembali beroperasi manakala kerja-kerja pembinaan disambung semula.

Dokumen itu turut menekankan mengenai kepentingan penjarakan sosial dan langkah-langkah pencegahan yang lain.

Selain itu, ‘pihak berkuasa berkaitan’ diberi kuasa untuk menentukan sama ada restoran, pawagam, salon kecantikan dan kemudahan lain perlu ditutup jika langkah-langkah pencegahan itu tidak dipatuhi. – Bernama

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *