Home » Citra Yadim » Musaadah Covid-19 di Perak

Musaadah Covid-19 di Perak

GUNUNG SEMANGGOL – Perak merupakan destinasi terkini program menyantuni golongan terkesan dengan musibah Covid-19 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Bertempat di Masjid Ar-Rahmaniah Gunung Semanggol di sini serta Masjid Istiqlal Taman Mewah, Kamunting, seramai 200 individu dari kalangan keluarga dikenalpasti memerlukan,  disantuni Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik (BPNRS) YADIM pada hari pertama Program Yadim Peduli Musaadah Covid-19 (29 Jun).

Seterusnya, seramai 100 orang lagi disantuni pada 30 Jun dalam program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Manong, Kuala Kangsar. 50 sumbangan diagihkan kepada keluarga pelajar yang memerlukan manakala selebihnya untuk penduduk di kampung sekitar.

Turut mnerima manfaat ialah beberapa keluarga bukan Muslim di kawasan ini, sesuai dengan konsep dakwah diamalkan YADIM yang mendekati semua tanpa mengira latar belakang.

Bagi yang tidak dapat hadir, YADIM hadir sendiri ke kediaman mereka bagi menyampaikan sumbanga.

Kesemuanya menerima barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai bagi meringankan beban mereka.

Turut hadir ke program ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria.

Mewakili YADIM pula ialah Pengarah BPNRS, Mohd Fitri Aziz Yusof serta para pegawai daripada bahagian ini.

YADIM mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan Insan Taman Mewah, S3M (Segi Tiga Mewah) serta Majlis Belia Malaysia Cawangan Perak bagi menjayakan program ini.

Program menyantuni masyarakat seumpama ini akan diteruskan selepas ini oleh BPNRS di Kepong, Kuala Lumpur.

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *