Home » Citra Yadim » Musaádah Covid-19: Menteri di JPM sampaikan sumbangan YADIM untuk asnaf, pelajar UKM

Musaádah Covid-19: Menteri di JPM sampaikan sumbangan YADIM untuk asnaf, pelajar UKM

PUCHONG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada 30 Mac menyertai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turun padang menyampaikan sumbangan kepada golongan terkesan akibat Covid-19.

Dalam ucapannya, Zulkifli merakamkan penghargaan atas usaha YADIM menyantuni golongan berkenaan.

“Terima kasih kepada YADIM atas inisiatif, yang bagi saya kita sama sama singsing lengan, turun ke padang (menyantuni asnaf).

“YADIM main peranan yang amat banyak mengikut kemampuannya,”katanya dalam ucapan ringkas beliau di Pangsapuri Enggang di sini.

Zulkifli menyampaikan sumbangan kepada lima wakil penduduk di kawasan tersebut. Secara keseluruhan, seramai 100 keluarga menerima bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian bernilai RM20,000 daripada YADIM.

Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Bahagian Perhubungan NGO, Mohd Fitri Aziz Yusof dan wakil persatuan penduduk.

Dalam pada itu, Zulkifli juga meminta sebarang perkembangan mengenai usaha menyantuni asnaf dan golongan lain dalam kempen Musaádah Covid-19 sentiasa dimaklumkan kepada beliau agar pihaknya akan dapat membuat penyelarasan dan memaklumkannya kepada masyarakat.

“Jika timbul sebarang masalah juga boleh maklumkan kepada saya, semoga usaha kita ini tidak tergendala,”ujar beliau.

Selepas di Pangsapuri Enggang, Zulkifli hadir ke satu lagi majlis penyerahan bantuan kepada 100 pelajar oleh YADIM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, juga hadir ke majlis ini. Pelajar di UKM menerima makanan dan barangan kebersihan diri seperti sabun, ubat gigi dan sebagainya.

Mereka yang memerlukan dikenalpasti dengan bantuan Rakan Siswa YADIM di universiti tersebut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *