Home » Citra Yadim » Pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling terima sumbangan bahan bacaan YADIM

Pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling terima sumbangan bahan bacaan YADIM

PUTRAJAYA – Prihatin dengan nasib yang menimpa pelajar tahfiz di Masjid Sri Petaling, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), pada 30 Mac telah menyumbangkan bahan bacaan daripada badan dakwah ini.

Sejumlah 110 naskhah buku dan 29 majalah bernilai RM1,000 disumbangkan kepada mereka.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz kepada Pendaftar Institut Sosial Malaysia (ISM), Noorul Akmam Sumiran di ibu pejabat YADIM di sini.

Hadir sama ketika penyerahan ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa, Dr Masitah Esa dan Pengarah Bahagian Penerbitan, Zalilah Bahari.

Menurut Noorul Akmam, ISM telah diwartakan sebagai salah satu pusat kuarantin di Kuala Lumpur, yang kini menempatkan seramai 106 pelajar tahfiz dari Masjid Jamek Sri Petaling.

“Bahan bacaan ini sebenarnya adalah permintaan daripada para pelajar tersebut yang kini sedang menjalani kuarantin di ISM.

“Jadi sumbangan YADIM ini sebenarnya amat bertepatan dengan keperluan mereka, dapatlah ia digunakan sebagai sumber bacaan ketika dikuarantin,” jelas beliau.

Terdahulu, Masitah dalam perbincangan dengan Noorul mengajak ISM untuk bekerjasama dengan YADIM dalam pelbagai bidang yang boleh membawa manfaat untuk kedua pihak.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *