Home » Citra Yadim » Musaádah Dan Sanitasi Di Masjid Di Kampung Kubang Dan Kampung Bukit Kadir

Musaádah Dan Sanitasi Di Masjid Di Kampung Kubang Dan Kampung Bukit Kadir

NILAI – Selepas Gambang, Pahang, Skuad Sanitasi Masjid Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 4 Mac meneruskan program pembersihan berkenaan di Surau Kampung Kubang dan Masjid Kampung Bukit Kadir di sini.

Seramai 10 kakitangan YADIM melakukan kerja pembersihan tersebut di kedua rumah ibadah berkenaaan menggunakan alat Fogging and Chemical Pump, Water Purifier dan Disinfection Gun untuk aktiviti nyah kuman dan virus.

YADIM pada masa yang sama turut menyumbang sebanyak 250 pek barangan keperluan harian kepada kariah kedua rumah ibadah berkenaan.

50 pek disumbangkan di Surau Kampung Kubang manakala selebihnya di Masjid Kampung Bukit Kadir. Masjid berkenaan turut menerima dana RM8,000 pada majlis ini sumbangan YADIM dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, YADIM juga akan melakukan kerja kerja pembaikan di surau Kampung Kubang. Antara yang akan dilaksanakan ialah penggantian pagar dan mengecat semula surau itu.

Kedua majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang turut melakukan gimik kerja kerja sanitasi di surau dan masjid tersebut.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Labu, Dato’ Haji Ismail Haji Ahmad, Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta pemimpin pemimpin masyarakat.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *