Home » Citra Yadim » Musa’adah Felda Lubuk Merbau YADIM Kedah

Musa’adah Felda Lubuk Merbau YADIM Kedah

PADANG TERAP – “Kluster Dah Fajar baru saja tamat, tetapi banyak penduduk masih lagi terkejut dan takut untuk keluar dari rumah, terima kasih banyak pihak YADIM menyampaikan bantuan tepat pada masanya”, kata Abu Bakar Awang Kechik, wakil penduduk Felda Lubuk Merbau.

Demikian reaksi beliau dalam majlis ringkas penyampaian sumbangan kepada 30 penduduk di Felda Lubuk Merbau oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 Jun.

Penerima bantuan ialah mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19 dan terputus punca pendapatan.

Rata-rata penduduk tanah rancangan yang di buka oleh Felda ini bekerja sebagai penoreh getah, pembuatan, industri desa dan peniaga kecil.

Turut menerima sumbangan ialah Orang Kena Pengawasan di bawah kelolaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di mana kawasan ini sebagai projek rintis dan salah satu kawasan yang telah diistiharkan zon hijau.

Turut hadir Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Padang Terap, Shuhaili Samsu, Pegawai AADK Daerah Padang Terap, Ustaz Mazha Murad dan wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Padang Terap, Mohd Yusrizam Karim.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *