Home » Citra Yadim » Musa’adah mangsa banjir di Kuala Ketil dan Kupang

Musa’adah mangsa banjir di Kuala Ketil dan Kupang

KUALA KETIL – Seramai 33 orang mangsa banjir yang berlaku baru baru ini di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil  menerima sumbangan toto dan Kit Musaadah daripada YADIM Kedah.

Majlis penyerahan dimulakan  dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Hadir sama ke majlis ringkas ini ialah Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Ketil, Haji Mustafa Salleh.

Selepas selesai sumbangan di DUN Kuala Ketil, program Musa’adah YADIM Kedah diteruskan ke Kawasan DUN Kupang. Seramai 33 penerima yang terdiri dari mangsa banjir telah dipilih untuk menerima kit Musaadah YADIM dan toto.

Seperti di Kuala Ketil, Ustaz Mohd Aizat telah menyampaikan tazkirah sebelum majlis penyampaian. Turut hadir ialah Ustaz Hassan Saad, Pegawai Khas kepada ADUN Kupang, Yang Berhormat Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Haji Ahmad.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *