Home » Citra Yadim » Musaadah Nelayan Kampung Air Tawar

Musaadah Nelayan Kampung Air Tawar

TOK BALI – Menjadi lumrah setiap kali tibanya musim tengkujuh seperti ketika ini, nelayan Pantai Timur dilanda kerisauan akibat cuaca buruk yang melanda mengakibatkan mereka tidak dapat turun ke laut mencari rezeki.

Saat ini, tentunya bukan sedikit pendapatan yang terjejas. Ditambah pula kerisauan akibat Covid-19 yang masih ada.

YADIM Kelantan yang cakna dengan situasi ini pada 7 Januari menyampaikan sedikit sumbangan kepada 22 keluarga nelayan di Kampung Air Tawar di sini.

Sumbangan disampaikan oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Yang Berhormat Wan Hassan Wan Ibrahim dalam satu majlis yang cukup santai di sebuah bangsal di sini. Turut hadir ialah Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang.

 

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *