Home » Citra Yadim » Musaadah Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan di luar negara

Musaadah Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan di luar negara

KEMBOJA – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Negeri Sembilan serta Surau Ar Raudhah Taman Kelab Tuanku  telah melaksanakan Program Musaadah Wakaf Perigi di Kemboja baru – baru ini.

Sebanyak 61 buah perigi dirancang untuk disediakan kepada penduduk kampung yang memerlukan di Kemboja, dengan inisiatif menyediakan perigi adalah dalam tempoh sebulan bermula 20 Julai.

Kos penyediaan perigi adalah hasil kutipan sumbangan rakyat Malaysia, diusahakan oleh Pengerusi SAY Negeri Sembilan, Ustaz Haji Abdul Latif Haji Mohd Yunos dan Ustaz Senawi Isa selaku Koordinator SAY di daerah Cenang, Kemboja.

Pada masa yang sama, SAY Negeri Sembilan juga menyampaikan 35 set keperluan dapur untuk penduduk daerah berkenaan.

Selain Cenang, turut menerima bantuan ialah masyarakat Islam di Lombok, Indonesia yang menerima 40 set barangan keperluan harian serta komuniti Islam di Pondok Muhajirin Aceh, yang disumbangkan sebanyak 20 set bakul makanan.

Turut diadakan ialah majlis aqiqah seekor lembu untuk hidangan anak anak yatim yang menjadi mangsa bencana tsunami tahun 2004.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *