Home » Citra Yadim » Sanitasi SAY Marang di Kampung Durian Guling

Sanitasi SAY Marang di Kampung Durian Guling

MARANG – Sebagai salah satu usaha memastikan kebersihan tempat awam, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Marang pada 8 Ogos telah menjalankan kerja kerja sanitasi di dua lokasi di Kampung Durian Guling di sini.

Lokasi pertama ialah di Dewan Serbaguna Kampung Durian Guling di sini pada jam 10 pagi sebelum ia diteruskan di Pusat Asuhan Tunas Islam Kampung Durian Guling pada jam 2 petang.

Bahagian dalam dan luar kedua premis ini disanitasi oleh seramai tiga orang SAY Marang diketuai oleh Encik Sadruddin Md Sidek.

SAY Marang sebelum ini telah melaksanakan sebanyak tiga kerja sanitasi di daerah ini sebagai khidmat awamnya, selain merancang untuk mengadakan lagi program seumpama ini pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *