Home » Citra Yadim » Muslim Ireland beri sumbangan untuk mualaf

Muslim Ireland beri sumbangan untuk mualaf

PUTRAJAYA – Komuniti Muslim di Ireland telah menyumbang sejumlah RM5,000 untuk seramai 50 mualaf di negara ini menerusi YADIM.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad dalam program Ceramah Perdana Nuzul Al Quran dan Quran Hour YADIM di Surau An Najah, Precint 9 di sini pada 26 April.

“Para penyumbangnya ialah masyarakat Malaysia yang berada di Ireland…yang bekerja sebagai profesional di sana menyumbang untuk kita sampaikan pada hari ini,”ujarnya.

Para penerima pula dipilih daripada badan bukan kerajaan di bawah Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) yang merupakan salah satu badan di bawah YADIM.

Turut menerima sumbangan ialah pelajar pelajar sekolah di sini yang terpilih.

Dalam majlis ini, Datuk Haji Idris juga telah menyampaikan ceramah sempena Nuzul Al Quran. Beliau menyentuh mengenai masa dan betapa pentingnya ia dimanfaatkan ketika Ramadan ini.

Turut ditekankan beliau ialah tentang betapa umat Islam hari ini perlu kembali merujuk kepada Al Quran sebagai manual atau panduan harian.

Hadir ke program ini ialah Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, kepimpinan YADIM dan kakitangan badan dakwah ini selain wakil daripada agensi di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, program ini juga diisi dengan slot khatam Al Quran, tazkirah daripada Ustaz Nasrudin, solat berjemaah, berbuka puasa dan moreh.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *