Home » Citra Yadim » Iftar Mahabbah YADIM Pulau Pinang santuni 200 asnaf, anak yatim

Iftar Mahabbah YADIM Pulau Pinang santuni 200 asnaf, anak yatim

TASEK GELUGOR – “Muliakan anak yatim dan golongan memerlukan amat dituntut dalam Islam. Agama ini menganjurkan kita mengasihi golongan ini.

“Apatah lagi dengan menjamu orang untuk berbuka, fadilatnya sangat besar. Saya merakamkan setinggi tahniah kepada YADIM atas penganjuran program Iftar Mahabbah yang menghimpunkan anak anak yatim, golongan Orang Kelainan Upaya Penglihatan dan saudara baharu,”.

Itulah sedikit ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Yang Berhormat Mohd yusni Mat Piah dan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dalam program Iftar Mahabbah yang berlangsung di Dewan PERDA, Kubang Menerong, di sini pada 26 April.

Seramai 200 orang anak yatim, mualaf dan lain lain golongan yang memerlukan disantuni dalam program ini.

Program ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Encik Zikri Zulkifli, Pengarah YADIM Pulau Pinang, wakil PERDA Venterus, Yusof Ghani.

Antara pengisian program ialah tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Imam Masjid Abdullah Fahim, Ustaz Luqmanul Hakim Mokhtar, bertajuk ‘Memburu Al Qadr’.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *