Home » Citra Yadim » MyAngkasa Amanah Berhad taja, kongsi ilmu perancangan harta bersama ADMY

MyAngkasa Amanah Berhad taja, kongsi ilmu perancangan harta bersama ADMY

PETALING JAYA – Penaja bersama Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2022, MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) pada 25 Oktober telah mengadakan Majlis Pengisian Ilmu Perancangan Harta Pusaka bersama pelatih ADMY di Wisma Ungku A. Aziz di sini.

Ia bermatlamat berkongsi ilmu perancangan harta pusaka kepada pelatih ADMY 2022, agar mereka dapat menguar-uarkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan urus tadbir harta pusaka.

Langkah ini seterusnya diharap dapat mengurangkan isu harta terbeku dan tidak dituntut di kalangan umat Islam di negara ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Haji Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapannya sebelum sesi perkongsian berkata, hasrat pihaknya dan YADIM adalah sama iaitu menggunakan jalan dakwah bagi manfaat ummat, hanya platform yang digunakan sahaja berbeza.

Katanya lagi, pihaknya amat mengalu alukan sebarang bentuk kerjasama lagi dengan YADIM pada masa akan datang.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas kesudian MAAB menjadi penaja bersama program ADMY.

Jelasnya, penajaan MAAB juga sebenarnya selaras dengan hasrat YADIM untuk menambah baik dan melebarkan kerjasama dengan pelbagai pihak yang bukan dakwah sebagai rakan kerjasama bagi ADMY.

MAAB merupakan antara penaja untuk ADMY 2022 yang kini berjalan dan disiarkan secara langsung di TV Al-Hijrah setiap Khamis bermula 13 Oktober.

Selain wang tunai, pemenang ADMY juga berpeluang menjadi Rakan Niaga Premium MAAB menerusi program ini. Mereka turut menaja kursus latihan sebagai ejen kepada semua pelatih ADMY 2022.

MAAB merupakan anak syarikat yang dinaungi sepenuhnya oleh ANGKASA.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *