Home » Citra Yadim » Perkongsian pengislaman saudara Muiz Yahya di Masjid Tok Kerawat

Perkongsian pengislaman saudara Muiz Yahya di Masjid Tok Kerawat

MACHANG – Program Bulan Dakwah 3.0 YADIM Kelantan diteruskan dengan program Perkongsian Pengislaman saudara baharu, Encik Muhammad Muiz Yahya Abdullah pada 25 Oktober 2022 di Masjid Tok Kerawat , Pulau Chondong di sini.

Saudara Muiz telah berkongsi pengalaman kehidupannya sebelum Islam, detik-detik pengislaman beliau dan cabaran yang dihadapi setelah memeluk agama ini.

Kirakira 200 jemaah telah hadir memenuhkan ruang solat utama Masjid Tok Kerawat bagi mendengar perkongsian kehidupan saudara Muiz.

Selesai solat Isya berjemaah, para hadirin yang hadir telah berselawat beramai-ramai dan majlis berakhir dengan jamuan makan yang disediakan oleh pihak masjid.

Hadir dalam majlis ini ialah Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kussuma Mamat. Turut hadir Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation Ustaz Ubaidullah Mohd Shakri dan Iman Tua Masjid Tok Kerawat Tuan Haji Musa @ Ibrahim Daud.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *