Home » Citra Yadim » Nanti datang lagi ya…

Nanti datang lagi ya…

“Seronok lihat anak anak muda terlibat dengan program program pemahaman Islam.

“Semua merasa sedikit sebanyak (manfaat).

“Nanti datanglah lagi ya, boleh kita buat dengan lagi ramai anak buah. Terima kasih semua yang datang hari ini…

Kata kata Tok Batin Mohd Pok Koh itu diucapkannya sebelum kami bergerak meninggalkan Kampung Orang Asli Kampung Kuala Koh di sini pada 16 Oktober.

Di kampung tersebut program menyantuni Orang Asli, YADIM Peduli: Kembara Dakwah Belantara dan Intervensi Pendidikan Kesihatan diadakan selama tiga hari menggunakan beberapa pendekatan dan aspek supaya ianya benar benar berkesan.

Ia mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan dan Kolej Poly Tech Mara Kota Bharu.

Bagi memberi kefahaman tentang  kepentingan aspek kesihatan, diadakan ceramah pemakanan dan imunisasi.Turut diadakan ialah tayangan video kesihatan.

Bagi kanak kanak pula, antara yang diadakan ialah kuiz Fardhu Ain dan pertandingan hafazan ayat lazim.

Golongan belia juga tidak dilupakan apabila diadakan pertandingan sepak takraw. Ia mendapat sambutan sangat baik dengan penyertaan lapan pasukan.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Yang Berhormat Haji Amran Arifin. Hadir sama ialah Pengarah Kolej Poly Tech Mara Kota Bharu, Yang Mulia Haji Raja Izuddin Haji Raja Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Turut sama ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kesihatan Kelantan, Nordin Daud.

Dalam ucapannya, Haji Amran memuji pendekatan diambil YADIM dan berharap ia akan diikuti.

“Agensi kerajaan jangan serik datang, kami di pedalaman amat perlukan program seperti ini,” ujarnya.

Tuan Kamarul Arief pula menjelaskan penganjuran program ini menepati gerak kerja YADIM yang bersinergi dan tidak sekadar mengadakan ceramah di dewan dan pejabat semata mata.

InsyaAllah kami akan datang lagi. Sememangnya berbaloi perjalanan berjam jam dari jauh, puas melihat kerja dakwah berkesan di hati golongan sasaran.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *