Home » Citra Yadim » Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kedah : 20 pelajar kurang berkemampuan disantuni

Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kedah : 20 pelajar kurang berkemampuan disantuni

KUBANG PASU – Seramai 20 pelajar yang kurang berkemampuan di daerah ini menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 Oktober.

Sumbangan berupa pek makanan  diberikan kepada pelajar dikenalpasti memerlukan di sebuah sekolah rendah dan dua sekolah menengah.

Sebanyak tujuh pek disampaikan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jitra 2, Abdul Rashid Mohd. Kassim dan tujuh pek lagi kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seri Indera Putera, Rozita Ishak.

Selebihnya sebanyak enam pek kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darul Aman, Sofiah Harun. Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan,  Pertubuhan Dhuafa Sejahtera turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada sekolah tersebut.

Hadir sama pada majlis penyampaian ialah Pengerusi Dhuafa Sejahtera, Ustaz Mohd Amin Ismail, Naib Pengerusi NGO IBS, Hamid Sulaiman dan Setiausaha 1 Majlis Dakwah Negara, Haji Fuad Ashaari.

Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Bulan Dakwah 2.0.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *