Home » Naratif Al-Ghazali » Nasihat Imam Al-Ghazali

Nasihat Imam Al-Ghazali

Muslim … Tahukah kamu …

Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
Bukan orang tua
Bukan kerabat
Bukan sahabat
Melainkan KEMATIAN yang dekat
Kerana setiap yang bernyawa pasti berakhir.

Muslim … Tahukah kamu …
Apa yang paling JAUH dari kita di dunia?
Bukan negeri China
Bukan luar angkasa
Bukan pula sejauh mata memandang
Melainkan MASA LALU
Kerana secanggih apapun kenderaan kita
Takkan pernah kembali ke masa lalu.

Muslim … Tahukah kamu …
Apa yang paling BESAR di dunia?
Bukan gunung
Bukan matahari
Bukan bumi
Melainkan NAFSU
Maka berhati-hatilah dengannya
Kerana ia dapat mengheret kita ke neraka.

Muslim … Tahukah kamu …
Apa yang paling BERAT di dunia?
Bukan gajah
Bukan baja
Bukan pula besi
Melainkan MEMEGANG AMANAH
Tidak ada makhluk Allah yang meminta dijadikan khalifah
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupinya
Ketahuilah hidup ini adalah amanah.

Muslim … Tahukah kamu …
Apa yang paling RINGAN di dunia ini?
Bukan daun
Bukan kapas
Bukan pula debu
Melainkan MENINGGALKAN SOLAT.

Muslim … Tahukah kamu …
Apa yang paling TAJAM di dunia ini?
Bukan pisau
Bukan pedang
Melainkan LIDAH
Kerana ia dapat menyakiti hati dengan mudah.

Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di bandar Tus, Khurasan (Iran). Nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.  Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka. Beliau seorang yang bijak berhujah sehingga digelar Hujjatul Islam kerana kecekapan dan kekuatannya membela Islam.

 

Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam pelbagai  bahasa untuk dijadikan rujukan kepada para penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumuddin yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam dalam pelbagai bidang yang masih menjadi rujukan pada masa kini. Segala hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah (1111M) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *