Home » Langit Terbuka » 28,000 kanak-kanak Syria terbunuh sejak 2011

28,000 kanak-kanak Syria terbunuh sejak 2011

Dalam laporan baharu yang dikeluarkan Rangkaian Hak Asasi Manusia Syria, organisasi itu mendokumentasi 22,444 kanak-kanak terkorban angkara pasukan rejim Syria sahaja sejak Mac 2011

DAMSYIK – Kira-kira 28,226 kanak-kanak menjadi mangsa pembunuhan pelbagai pihak sejak perang di Syria bermula pada tahun 2011.

Dalam laporan baharu yang dikeluarkan Rangkaian Hak Asasi Manusia Syria, organisasi itu mendokumentasi 22,444 kanak-kanak yang dibunuh oleh pasukan rejim Syria sejak Mac 2011.

Berdasarkan angka itu, 196 daripada mereka terbunuh akibat senjata kimia, 394 disebabkan bom berangkai, 301 lagi ekoran kekurangan makanan dan ubatan di kebanyakan daerah yang terkepung.

Laporan berkenaan mendedahkan, sekurang-kurangnya 3,155 kanak-kanak masih dipenjarakan oleh rejim Syria.

1,872 kanak-kanak lagi turut terkorban di tangan tentera Russia sejak awal campur tangan Moscow di Syria pada September 2015.

“Sekurang-kurangnya 46 kanak-kanak diketahui terbunuh dalam serangan bom berangkai Russia, yang juga memusnahkan 170 sekolah.

“Sejak Januari 2014, 167 kanak-kanak telah dibunuh di kawasan yang dikuasai oleh militan PKK Kurdish, hampir 600 mereka masih dalam tahanan,” kata laporan itu.

Organisasi itu berkata, 837 kanak-kanak juga dibunuh oleh militan pengganas Daesh, manakala 886 lagi menjadi mangsa pasukan bersekutu sejak campur tangan antarabangsa pada 23 September 2014.- Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *