Home » Persuasif » Nasyid Pasca PKP: Masih relevankah?

Nasyid Pasca PKP: Masih relevankah?

Industri nasyid Malaysia sebenarnya cukup subur dan berpotensi besar untuk diangkat ke pentas global. - Foto Nasyid Malaysia Fans

ANNYEONG HASEYO, Rain, Ramen, Kimchi, Running Man, TVN, Bulgogi, Gimbap dan banyak lagi – jika disebut lebih 10 tahun lalu pasti ramai terpinga-pinga kerana tidak mengetahui apakah gerangannya?. Jika ditanya sekarang, pasti kefasihan remaja negara ini menceritakan fenomena budaya Korea itu selancar MRT dan selaju ERL.

Itulah hebatnya strategi pemasaran tersusun dan sistematik yang didokong sepenuhnya oleh kerajaan negara itu yang terletak di Asia Timur, bersempadan dengan China di barat laut, Rusia di timur laut, dan Jepun di sebelah tenggara di seberang Selat Korea.

Usaha ‘meletupkan’ K-Pop ke seluruh dunia bukannya satu kerja seminggu atau setahun, tapi berpuluh tahun. Genre itu bermula di Korea Selatan pada era 1980-an, menular ke negara jiran iaitu Jepun dan China pada 1990-an dan bermula alaf baharu, 2000 menjulang K-Pop di seluruh dunia.

Perlu diingatkan fenomena K-Pop ini tidak datang secara ‘berseorangan’ ia turut membawa segala sosio-budaya, teknologi dan segala produk ‘Made in Korea‘ ke seluruh dunia, sekali gus memakmurkan ekonomi Korea Selatan.

Fakta ini menunjukkan bahawa sesuatu perkara itu mampu dipasarkan jika strateginya dilaksanakan secara sistematik. Lebih-lebih lagi jika produk itu amat baik dan membawa kebaikan sejagat, ciri-ciri itu sebenarnya terdapat dalam irama nasyid Malaysia.

Seperti tidak berpijak di alam nyata – itu adalah tanggapan bagi mereka yang pesimis. Insya-Allah boleh, kerana platform sebenarnya telah terhampar luas, cuma ramai yang ‘segan-segan’ untuk memanfaatkannya.

Contoh klasik, Kumpulan Raihan yang ditubuhkan pada 1996, terkenal ke seluruh pelusuk dunia sehingga muzik mereka menjadi asas rujukan nasyid kontemporari dunia. Saban tahun, Raihan menjelajah ke merata dunia seperti Eropah, Timur Tengah, China, Indonesia dan Australia. Tidak hairanlah dalam album Syukur (1998), pendakwah terkenal Yusuf Islam (Cat Stevens) berduet untuk lagu Rakan Selawat: The Seal of The Prophet dan God Is The Light.

Sedikit fakta untuk dihadamkan:

* Berdasarkan Laporan Ekonomi Negara Islam Global 2018/2019, seramai 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia membelanjakan kira-kira RM8.57 trilion (AS$2.1 trilion) pada 2017 membabitkan sektor gaya hidup.

* Pasaran halal global telah berkembang di luar sektor makanan apabila turut merangkumi farmaseutikal, kosmetik, produk kesihatan, kelengkapan mandian dan peranti perubatan, perjalanan dan pelancongan serta fesyen.

* Pasaran halal juga merangkumi komponen sektor perkhidmatan seperti logistik, pemasaran, media cetak dan elektronik, pembungkusan, penjenamaan dan pembiayaan yang semuanya dianggarkan bernilai RM8.57 trilion (AS$ 2.1 trilion)

* Sehingga akhir Mac 2019, sebanyak 10,186 syarikat tempatan dan antarabangsa menerima sijil halal Malaysia yang dikeluarkan JAKIM.

* Pada masa ini, Malaysia telah mengiktiraf 78 badan pengesahan (halal) asing dari 45 negara. Jaringan dan kolaborasi antara Malaysia dan negara-negara asing memberi impak besar kepada perkongsian pengetahuan, pertukaran idea dan kerjasama antarabangsa di negara-negara rentas sempadan.

Maklumat ini yang penulis maksudkan bahawa platform terbaik sebenarnya telah dihamparkan,apa yang tinggal hanya mahu atau tidak sahaja untuk memanfaatkannya.

Gagasan ini antara intipati yang dibincangkan dalam program live streaming Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Mutiara Minda bertajuk “Nasyid Pasca PKP: Masih Relevankah? bersama ahli panel, Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid) Muhammad Razin Che Mud (Mestica); Suffian Amrin atau Dj Pian (Saujana) yang dikendalikan oleh Penolong Pengarah YADIM, Mohammad Faiz Safwan Abd Kadir (Invo) sebagai moderator.

Dalam perbincangan itu, Muhammad Razin menarik perhatian dengan menyatakan bahawa industri nasyid kontemporari Malaysia menjadi rujukan nasyid luar negara. Malah mereka datang ke sini untuk mendapat ‘recognition‘ daripada pendengar negara ini sebelum memasarkan produk mereka kepada dunia.

“Kita kena rebut peluang untuk jadikan nasyid sebagai komoditi bagi jana ekonomi negara dan Munsyid amnya. Seperti K-Pop, mereka turut bawa industri hiliran seperti makanan, tekstil, budaya, filem dan segala teknologi lain.

“Malah terdapat segelintir kumpulan karyawan di India menyuarakan kebimbangan ancaman K-Pop terhadap Bollywood. Nasyid pun ada industri hilirannya, contohnya Saujana dengan kurta, Hijjaz (Kopiah), In Team (Kopi),” katanya yang menyambut baik penubuhan jawatankuasa teknikal bagi merangka pelan pembangunan semula industri nasyid dalam usaha memperkasa industri berkenaan.

Jawatankuasa yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri itu bakal melibatkan kerjasama TV Al-Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Nasyeed.com dan badan bukan kerajaan, Creative Dakwah Club.

Dalam pada itu, Suffian turut menyuarakan rasa ‘kecil hati’ kumpulan nasyid terhadap pihak-pihak yang seperti merendahkan kasta nasyid.

“Enggan beri bayaran setimpal, ‘free sabilillah‘ bila melibatkan usaha dakwah melalui nasyid tapi untuk artis lain boleh pula bagi bayaran tinggi. Adakah usaha dakwah tidak memerlukan modal?,” katanya yang turut mempertikaikan tanggapan segelintir bawah nasyid ini tiada sambutan.

Tambah Suffian, kajian IKIM bahawa radionya yang banyak menyiarkan lagu-lagu nasyid memiliki lebih sejuta pendengar yang konsisten dan setia.

“Kami sebenarnya tidak kejar like, follower semata-mata tapi apa yang penting ialah kejar redha Allah. Kami berfungsi secara serampang 14 mata, mesej utamanya adalah dakwah. Kami buka jalan dan ajak pendengar ke syurga, bukan hanya glamour semata-mata. Cuba tengok lagu nasyid Raihan nyanyian semula Alif Satar dan Nissa Sabyan di You Tube, berapa ramai viewer? ratusan juta! ketinggalankah nasyid,”…

Ahmad Tarmizi Abdul Rahim ialah mantan Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia. Berpengalaman luas dalam kewartawanan, beliau kini menulis di pelbagai platform

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *