Home » Langit Terbuka » Neelofa kena kecam dengan peminat di media sosial…

Neelofa kena kecam dengan peminat di media sosial…

Neelofa melancarkan koleksi tudung barunya, Be Lofa di sebuah pusat hiburan. Foto : Berita Harian

TINDAKAN pengacara dan pelakon, Neelofa memilih Zouk, Kuala Lumpur, sebagai lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 mendapat kritikan hebat netizen.

Ramai yang beranggapan Neelofa sebagai usahawan muda membuat keputusan itu sebagai salah satu strategi pemasaran, mungkin juga ia bersifat ‘dakwah’. Atau mungkin juga, ia hanya satu tindakan yang terhasil dari innocent mind.

Koleksi hijab Be Lofa di bawah jenama Naelofar Hijab itu dilancarkan serentak dengan majlis sambutan hari jadi Neelofa yang ke 29, di kelab malam itu.

Ramai mempersoalkan kewajaran bagi Neelofa yang sudah bergelar Hajjah, mengadakan acara di sebuah tempat yang diketahui tidak sesuai untuk orang Islam.

Bukan itu sahaja, kelibat beberapa gadis bertudung yang dilihat rancak menari menerusi beberapa video yang dikongsi di media sosial, turut menjadi bahan perdebatan.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar yang mempersoalkan adakah dengan pelancaran hijab itu, boleh mengislamkan entiti kelab malam seperti Zouk?

“Atau normalisasi yang sedang berjalan bahawa wanita muslim yang bertudung juga sudah bebas boleh mengunjungi kelab malam?

“Alasan yang diberikan adalah tema dan kos penajaan yang murah? Bukankah terlalu banyak tempat lain yang boleh dipilih yang lebih sederhana kosnya? Yang lebih mulia?

“Betul, jangan difikirkan kata-kata orang, namun mohon Neelofa rujuklah semula ayat-ayat al-Quran berkenaan hijab dan menghayati semula pesanan Allah SWT. Semoga Allah SWT melindungi kita daripada fitnah akhir zaman ini,” ujarnya. – AGENDA DAILY

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *