Home » Citra Yadim » Input agama dari MPWIM bantu kerajaan

Input agama dari MPWIM bantu kerajaan

Barisan ahli-ahli Majlis Perundingan Wanita Islam (MPWIM) bergambar bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral DatuK Seri Jamil Khir Baharom pada majlis Anugerah Keluarga Mithali 2017 di Hotel Marriott, Putrajaya pada 26 Februari.

PUTRAJAYA 27 Feb. – Kerajaan amat Majlis Perundingan Wanita Islam Malysia (MPWIM) dengan segala kepakaran yang ada, dapat mampu membantu kerajaan dalam memberikan input-input agama dalam program yang dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri, DatuK Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, justeru, kerajaan berharapa agar lebih banyak program kerjasama melibatkan MPWIM dan agensi kerajaan diadakan, terutama dalam menyediakan input-input agama dan dakwah.

“Tahniah diucapkan kepada MPWIM yang telah berjaya menganjurkan pelbagai program di seluruh Malaysia, termasuk yang diadakan bersama agensi-agensi kerajaan.

“Diharap program-program ini dapat diperluas dan diperkasakan, bagi memastikan MPWIM dapat terus membantu kerajaan membina sebuah masyarakat yang berkualiti dan berakhlak mulia,’’ katanya dalam ucapannya pada majlis Anugerah Keluarga Mithali 2017 yang diadakan di Hotel Marriott, Putrajaya, malam tadi.

Ucapan beliau telah dibacakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan amat sedar bahawa dalam pembinaan sebuah masyarakat, input agama adalah aspek terpenting untuk membina jati diri setiap individu Muslim, dan sekaligus dapat menghindarkan mereka daripada gejala negatif.

Menurutnya, masyarakat Islam  tidak ada banyak pilihan selain daripada kembali kepada asas, iaitu memperkukuh institusi keluarga dan kejiranan, serta memanfaatkan pelbagai institusi lain di sekitar kita.

“Usaha perlu dibuat dan dilihat dengan serius oleh ibu bapa dan keluarga, untuk memastikan anak dan ahli keluarga sentiasa dalam pemerhatian untuk berkomunikasi, mengambil tahu, menyokong, mempunyai empati, dan saling membantu,’’ katanya.

Beliau berkata, usaha MPWIM yang merupakan satu majlis di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menganjurkan Anugerah Keluarga Mithali  perlu diberi sokongan oleh semua pihak.

“ Adalah menjadi harapan kerajaan agar penerima anugerah ini akan menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia, dan dengan itu mereka juga berusaha mewujudkan `keluarga mithali’ masing-masing,’’ katanya.

GAMBAR sekitar majlis Anugerah Keluarga Mithali 2017.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *