Home » Langit Terbuka » Nooh Gadut Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI baharu

Nooh Gadut Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI baharu

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan bergambar dengan Nooh Gadut (kanan) dan Wan Zahidi Wan Teh selepas menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI dekat Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, Selangor. - Foto Selangor Royal Office

SHAH ALAM – Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia (MKI) yang baharu pada 15 Ogos.

Menerusi hantaran di Facebook, Selangor Royal Office memaklumkan pelantikan tersebut mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
dan berkuat kuasa bermula 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024.

“Hari ini, Baginda selaku Pengerusi MKI berkenan mengurniakan watikah pelantikan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam dan menyaksikan majlis serah tugas daripada mantan
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang juga Mufti Perak,” menurut kenyataan itu.

Nooh memegang jawatan sebagai Mufti Johor yang ke-11 pada 1999 hingga 2008. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *