Kem REPSOL di SK Manek Urai Baru

KUALA KRAI – Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) kini memasuki siri ke 8 apabila ia diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai di sini pada 16 Ogos. Ia menerima penyertaan 133 peserta daripada pelajar tahun lima dan enam sekolah berkenaan. Perasmian program disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang. Turut hadir Guru Besar […]

28 pelatih ADMY 2022 terima watikah

PUTRAJAYA – Seramai 28 pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) menerima watikah masing masing yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad di sini pada 16 Ogos. Para pelatih siri keempat ADMY itu kini secara rasminya bakal memulakan latihan selama empat bulan di Institut […]

Lelaki khianat cabut batu nisan ditahan

SIBU – Polis menahan seorang gelandangan lelaki pada Isnin yang disyaki terlibat dalam kes khianat mencabut beberapa batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim di sini yang telah menggemparkan masyarakat Muslim di bandar ini. Perbuatan mencabut batu nisan itu tular di dalam media sosial sejak Ahad apabila terdapat waris-waris yang mendakwa batu nisan di kubur […]

PIALA DUNIA 2022: ISRAEL TIDAK DIIKTIRAF, PERLU PILIH PALESTIN UNTUK BELI TIKET

KUALA LUMPUR – Israel tidak diiktiraf Qatar sehingga rakyat negara haram itu perlu memilih Palestin sebagai lokasi asal mereka untuk membeli tiket Piala Dunia 2022 Qatar. Laman sesawang rasmi bagi jualan tiket dan pakej hospitaliti Piala Dunia 2022 Qatar sebelum ini meletakkan nama ‘Wilayah Palestin yang dijajah’ namun telah ditukar kepada ‘Palestin’. Tindakan berani Doha […]

Pengkid tular pakai ihram ke Mekah tidak melalui agensi

IPOH – Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah (Puhaz) Perak tidak terlibat mengendalikan jemaah umrah wanita yang berperwatakan lelaki atau pengkid ke Tanah Suci dan berpakaian ihram seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini. Presiden Puhaz, Mohd. Ali Sabri berkata, maklumat awal yang diperoleh, individu tersebut melakukan perbuatan itu tanpa melalui mana-mana syarikat agensi pelancongan. […]

Perluas Program Jom Celik al-Quran seluruh negara

KUALA LUMPUR – Program Jom Celik al-Quran yang ketika ini dilaksanakan di Wilayah Persekutuan diharap dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi membolehkan lebih ramai mendapat bimbingan serta memperbaiki bacaan ayat suci. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata isi kandungan dan tafsiran al-Quran sentiasa relevan untuk dijadikan panduan dan amalan […]

Nooh Gadut Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI baharu

SHAH ALAM – Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu pada 15 Ogos. Menerusi hantaran di Facebook, Selangor Royal Office memaklumkan pelantikan tersebut mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan berkuat kuasa bermula 30 Jun 2022 sehingga […]