Home » Citra Yadim » NUIM sumbang idea untuk pembangunan modul-modul latihan YADIM

NUIM sumbang idea untuk pembangunan modul-modul latihan YADIM

KUALA LUMPUR – Selama tiga hari bermula 17 Julai lalu hingga 19 Julai, sekumpulan cendekiawan Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia (NUIM) beserta beberapa ilmuwan lain dari beberapa institusi pengajian tinggi telah bersama dalam satu bengkel pembangunan modul yang diadakan di Hotel Putra, MAIWP K.Lumpur.

Bengkel berkenaan bertujuan membangunkan modul- modul latihan dan kursus untuk diaplikasikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menyebarluaskan dakwah di Malaysia, selaras dengan hasrat kerajaan menerusi gagasan Rahmatan Lil Alamin.

Sebanyak lima modul telah berjaya dibangunkan meliputi Modul Program Latihan Daie Muda Yadim, Modul Dakwah Pemimpin Masyarakat, Modul Dakwah Remaja, Modul Kefahaman Islam Saudara Baru Orang Asli dan Modul Seminar Malaysia Negara Rahmah.

Bengkel ini dipengerusikan oleh Ketua Kluster Latihan dan Pembangunan Modal Insan NUIM-YADIM Dr Nik Rahim Nik Wajis dan ianya telah diurusetiakan oleh Sekretariat Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM. Selain ahli Panel NUIM, ilmuwan lain dari universiti yang terlibat dalam bengkel ini termasuklah Dr Nur Mohammad Hadi dari Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ajmain Safar (Universiti Teknologi Malaysia), Dr Nurulbahiah Awang (Universiti Tenaga Nasional) dan Syaripah Nazirah Syed Ager dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

YADIM turut menghantar beberapa pegawai bagi memberi input dalam pembangunan modul- modul berkenaan.

Mereka terdiri dariapda Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Muhammad Hafiz Musa, Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah, Dr Masitah Esa, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan , Kapt (B) Shamsuddin Moner dan Pengarah Institut Latihan Dakwah Yadim (ILDAN), Mohd Khairrul Fuad Samsuddin.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Mohd Fitri Aziz Yusof, Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan, Siti Suhafzan Sh Ibrahim serta Penolong Pengarah ILDAN, Mohd Khamis Mohd Sani.

Sementara itu, bagi mendapatkan pandangan sebenar dari lapangan, bengkel turut menjemput pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan latihan dan pembangunan modal insan.

Mereka terdiri daripada Suhail Mohamed Kamaruddin dari Global Wellness Foundation, Nik Mohd Azam Nik Wajis (Akademi Azam), Mohd Hafiz Abd Hamid (IKRAM) Tajul Arifin Zakaria, (Pembangunan Modal Insan IKRAM) dan Mohamad Lokman Awang, seorang perunding latihan bebas.

Selepas siap, modul- modul ini akan diuji terlebih dahulu mengikut bahagian masing masing dengan dipantau oleh jawatankuasa berkaitan.

Modul latihan YADIM sedia ada sebelum ini sama ada ditambah baik atau direka semula mengikut kesesuaian prinsip rahmah dan Maqasid Syariah.

Jawatankuasa yang dilantik dalam pembangunan modul ini akan terus membantu YADIM dalam memperkemas dan meningkatkan kualiti latihan di YADIM selain menyumbang kepakaran dalam bidang latihan dan pembangunan modal insan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *