Home » Langit Terbuka » Orang ramai diminta henti buat spekulasi insiden bas Rapid KL

Orang ramai diminta henti buat spekulasi insiden bas Rapid KL

Rapid Bus Sdn Bhd mengesahkan bas yang terbabit dalam insiden di Jalan Enggang AU2 Taman Keramat malam tadi dalam keadaan baik semasa digunakan

KUALA LUMPUR – Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu keputusan siasatan rasmi pihak polis berkenaan insiden bas Rapid KL di Jalan Enggang AU2, Taman Keramat di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Mohd. Azam Omar turut mengesahkan bahawa bas yang terbabit dalam insiden di Jalan Enggang AU2 Taman Keramat di sini malam tadi adalah dalam keadaan baik semasa digunakan.

“Berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat malam tadi, insiden berkenaan bermula apabila bas tersebut terlibat dalam satu kemalangan jalan raya kecil di Jalan Enggang AU2, di Taman Keramat.

“Kapten bas dilaporkan meneruskan perjalanan sambil dikejar oleh sekumpulan orang awam.

“Semasa dikejar bas tersebut dilaporkan melanggar beberapa kenderaan di sepanjang jalan sehingga tiba di susur keluar Jalan Ampang ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di mana kapten bas dilaporkan dipukul oleh beberapa orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Rapid Bus Sdn Bhd telah menubuhkan pasukan khas bagi mengendalikan tuntutan insurans susulan daripada insiden yang membabitkan basnya.

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *