Home » Citra Yadim » Saf Sarawak buat persediaan ibadah qurban di rumah saudara baru

Saf Sarawak buat persediaan ibadah qurban di rumah saudara baru

SARAWAK – Dalam usaha menyebarkan luas khidmat bakti, Sukarelawan Al Falah (SAF) Sarawak bakal mengadakan program Ziarah Tuai Rumah pada 23 Ogos ini di Sekaloh, di sini.

Menurut penyelaras program, Puan Syida Abdullah, pihaknya telah memilih kediaman En Jonathan Linggi@Saiful di Sekaloh.

“En Saiful ini adalah saudara baru kita yang telah memeluk Islam. Program ini adalah siri dakwah awal dan khidmat bakti bagi menyantuni masyarakat di sana menjelang Aidiladha yang menjelang tiba,” jelas beliau.

Katanya lagi, tarikh 23 Ogos telah dipilih untuk diadakan ibadah qurban dan daging sembelihan akan diagihkan kepada 11 keluarga muallaf di rumah panjang itu.

Beliau yang juga Ahli SAF Miri Sarawak menambah, pihaknya akan memastikan keluarga muallaf merasai nikmat Qurban selain nikmat silaturrahim.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *