Home » Langit Terbuka » Pakistan haramkan tema Hari Valentine

Pakistan haramkan tema Hari Valentine

Seorang peniaga menyediakan produk bertemakan Hari Valentine sebelum pengharaman dikuatkuasakan kerajaan. -Foto sumber AFP

ISLAMABAD 9 Feb. – Mahkamah di Pakistan mengharamkan stesen radio dan syarikat penyiaran lain diharamkan daripada menyiarkan program bertemakan Hari Valentine.

Al-Jazeera mengatakan perkara tersebut diumum agensi media kerajaan Pemra semalam.

Hari Valentine atau Hari Kekasih yang dinamakan sempena ikon beragama Kristian, Saint Valentine yang kononnya terkorban demi cinta selalu dijadikan tema khas pada 14 Februari setiap tahun.

Pakistan yang majoritinya penduduknya beragama Islam juga tidak terlepas dari pengaruh Hari Valentine apabila restoran-restoran atau peniaga menyediakan tawaran istimewa untuk pasangan-pasangan bercinta.

13 Februari tahun lepas, hakim Shaukat Siddiqui mengeluarkan notis pengharaman selepas pengadu, Abdul Waheed memfailkan kes dengan menuduh Hari Valentine menyebarkan unsur ‘tidak bermoral, lucah dan tidak sopan’.

Seorang wanita, Sabeen Mahmud pernah membantah cadangan kerajaan untuk mengharamkan Hari Valentine pada 2015.

Pada April tahun sama, Sabeen ditembak mati oleh Saad Aziz yang mengatakan mangsa mempromosi unsul liberal dan sekular. SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *