Home » Langit Terbuka » Wartawan siasat pembunuhan ditahan kerajaan Myanmar

Wartawan siasat pembunuhan ditahan kerajaan Myanmar

Kyaw Seo Oo (tengah kiri) dan Wa Lone (tengah kanan). - Foto sumber EPA

NAYPYIDAW 9 Feb. – Myanmar menahan dua wartawan yang sedang menyiasat pembunuhan beramai-ramai melibatkan etnik Rohingya yang dijalankan oleh tentera kerajaan.

Menurut BBC, Wa Lone dan Kyaw Seo Oo berhadapan dakwaan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) Myanmar.

Agensi berita terlibat mengatakan wartawan mereka memperoleh bukti 10 etnik Rohingya dibunuh oleh tentera di Rakhine tahun lepas.

Kedua-dua wartawan terbabit ditahan 12 Disember didakwa ‘memperoleh dokumen rahsia kerajaan berkaitan Rakhine dan mahu mendedahkannya kepada media luar’.

Bagaimanapun, terdapat khabar angin mengatakan kedua-dua wartawan sedang menyiasat kes yang lebih berprofil tinggi.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *