Home » Langit Terbuka » Pakistan janji tak akan iktiraf Israel selagi konflik Palestin belum selesai

Pakistan janji tak akan iktiraf Israel selagi konflik Palestin belum selesai

Pakistan menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang tekanan berhubung isu mengiktiraf Israel. - Foto Ismaweb

ISLAMABAD  – Pakistan memberi jaminan tidak akan mengiktiraf negara haram Israel selagi konflik Israel-Palestin tidak diselesaikan.

“Saya secara tegas menyampaikan pendirian Pakistan terhadap Israel. Kami tidak tidak dapat menjalin hubungan dengan Israel sehingga penyelesaian terhadap masalah Palestin ditemui,” kata Menteri Luar Negeri Pakistan, Shah Mahmood Qureshi.

Menjawab pertanyaan mengenai laporan bahawa terdapat tekanan untuk mengiktiraf Israel, Qureshi memberitahu, beliau telah menjelaskan bahawa rakyat Palestin mempunyai semangat yang mendalam untuk Palestin dan Kashmir.

Mengritik laporan mengenai tekanan pada Islamabad untuk mengiktiraf Israel, beliau berkata, “Yang pertama, tidak akan ada tekanan pada kita.

“Kedua, kita harus membuat keputusan menjaga kepentingan Pakistan dan bukan kerana tekanan. Kami mempunyai dasar dan kami masih teguh dengan dasar itu,” katanya.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *