Home » Langit Terbuka » Palestin kecam undi tambah penempatan di Tebing Gaza

Palestin kecam undi tambah penempatan di Tebing Gaza

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmud Abbas mengutuk undian oleh parti pemerintah Israel yang menyokong penambahan kawasan Tebing Barat dan sikap berdiam diri Amerika Syarikat (AS) dalam perkara itu.

Menurut beliau, undi oleh jawatankuasa pusat Parti Likud pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu itu tidak boleh dilaksanakan tanpa memperoleh sokongan penuh AS.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Mahmud berkata AS enggan mengecam penempatan kolonial Israel, serangan sistematik dan jenayah dilakukan rejim zionis itu ke atas rakyat Palestin.

“Kami berharap undi ini bertindak sebagai peringatan untuk semua komuniti antarabangsa bahawa Israel dengan sokongan padu AS tidak berminat dalam sebarang usaha damai.

“Mereka sebaliknya lebih berminat dengan langkah mengukuhkan rejim aparteid dalam keseluruhan sejarah Palestin,” katanya.

Jawatankuasa pusat Parti Likud itu menyokong resolusi menggesa Israel meluaskan kedaulatan mereka di keseluruhan kawasan penempatan di Tebing Barat dan menyeru pembinaan penempatan tanpa had.

Netanyahu yang juga ahli jawatankuasa pusat itu bagaimanapun tidak hadir sewaktu proses pengundian dijalankan. – AFP

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *