Home » Langit Terbuka » Panggilan bayar bil TNB segera palsu

Panggilan bayar bil TNB segera palsu

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pelanggannya agar membayar bil elektrik dalam tempoh ditetapkan, melalui saluran-saluran pembayarannya yang termasuk  Kedai Tenaga, secara online atau menerusi ejen kutipan bil TNB yang sah.

“Setakat ini kami menerima 200 aduan pengguna yang menerima panggilan rakaman, meminta mereka membuat bayaran bil dengan segera bagi mengelakkan pemotongan bekalan dalam masa dua jam,” kata Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir.

“Mereka menghubungi kami kerana ragu-ragu dengan panggilan tersebut.”

Jelas beliau, notis pemotongan adalah disekalikan dalam bil TNB.

Walau bagaimanapun arahan pemotongan akan dikeluarkan semasa pemotongan dilakukan.

Kamaliah berkata, pengguna yang menerima panggilan tersebut perlu mengabaikannya dan menyemak status bil menerusi aplikasi myTNB atau menghubungi talian perkhidmatan pelanggan TNB di 1-300-88-5454 untuk maklumat lanjut.

Katanya, orang ramai boleh memuat turun aplikasi myTNB daripada Appstore atau Google Play. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *