Home » Langit Terbuka » Parlimen Iran dibom Daesh

Parlimen Iran dibom Daesh

12 orang terbunuh, 39 cedera dalam dua serangan 7 individu bersenjata

TEHRAN 7 Jun – Seramai 12 orang termasuk seorang pengawal kesela­matan Parlimen Iran terbu­nuh manakala 39 lagi cedera se­le­pas tujuh individu termasuk seorang wanita bersenjata me­lancarkan dua serangan bom berasingan di bangunan Parlimen di Tehran dan di makam Ayatollah Khomeini di selatan ibu negara Iran itu.

Dalam kejadian pagi ini, empat lelaki bersenjata yang berpakaian wanita menyerbu bangunan Parlimen me­lalui pintu masuk pelawat.

Dalam masa yang sama, tiga atau empat penyerang termasuk seorang wanita memasuki kawasan makam Ayatollah Khomeini.

Menurut polis, empat lelaki yang menyerbu bangunan Parlimen itu berjaya ditembak mati pada pukul 3 petang waktu tempatan, kira-kira lima jam selepas insiden itu bermula.

Sementara itu, dua penyerang di makam berkenaan termasuk wanita tersebut meletupkan diri di kawasan itu manakala seorang lagi meletupkan dirinya di tingkat empat bangunan pejabat Parlimen.

Agensi Tanim melaporkan, em­pat individu juga dijadikan sebagai tebusan dalam insiden itu.

Ketua Pegawai Media, Ali Khalili memberitahu, makam itu terletak kira-kira 20 kilome­ter dari bangunan Parlimen.

Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dan menyiarkan video yang menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjata dalam bangunan Parlimen dan seorang lelaki yang dilihat me­ngalami kecederaan.

Menurut seorang wartawan, ketika kejadian dia berada dalam bangunan Parlimen dan melihat dua lelaki melepaskan tembakan rambang.

Kementerian Perisikan Iran memaklumkan, pasukan keselamatan telah menahan ‘sekumpulan pengganas’ yang merancang untuk melancarkan serangan ketiga namun tidak membe­ri maklumat lanjut. – Agensi

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *