Home » Langit Terbuka » Taksub rosakkan agama, akidah – TPM

Taksub rosakkan agama, akidah – TPM

JOHOR BAHRU 8 Jun – Ketaksuban melampau bukan sahaja merosakkan agama, malah boleh mengalihkan akidah seseorang umatnya.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi mengingatkan umat Islam di negara ini supaya tidak mengamalkan ketaksuban melampau kerana tindakan itu boleh menghancurkan agama suci itu, mereka dan keluarga.

“Kekhuatiran terhadap soal ketaksuban ini adalah kerana di akhir zaman ini kita lihat banyak kumpulan taksub yang dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Cult.

“Kerana ketaksuban ini boleh membawa kepada perkara se­perti melakukan harakiri mengikut budaya Jepun dan boleh mengadakan pengeboman diri sendiri kononnya untuk berjihad. Maksud jihad bukanlah merosakkan orang lain atau merosakkan diri sendiri sebenarnya,” katanya pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni di Masjid Al-Mizan Kempas, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan ketaksuban segelintir umat Islam membunuh dan mencederakan orang lain turut menimbulkan Islamophobia, iaitu prasangka dan prejudis terhadap agama Islam.

“Ketaksuban sebagai orang Islam dalam mempraktikkan ke­imanan dan ketakwaan dari segi Rukun Iman dan Rukun Islam memang sangat dituntut oleh agama.

“Tetapi ketaksuban yang me­lampau kepada mana-mana individu selain daripada Rasulullah dan juga ibu bapa kita, dikhuatiri akan menukar dan mengalih akidah kita,”

Justeru, beliau berkata, adalah tidak adil menyalahkan orang lain apabila wujudnya Islamophobia dalam kalangan masyarakat bukan Islam kerana mereka me­nyalahtafsirkan Islam disebabkan perbuatan sesetengah umat Islam yang merosakkan agama itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, memang menjadi hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat negara ini menterjemahkan kesederhanaan dan rakyat majmuk dapat hidup dalam suasana harmoni.

Ahmad Zahid turut berbuka puasa bersama-sama orang ramai dan mengimamkan solat Maghrib.- www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *