Home » Citra Yadim » Pasukan Sukarelawan Al-Falah bantu mangsa banjir

Pasukan Sukarelawan Al-Falah bantu mangsa banjir

PEKAN 9 Februari – Seramai 50 keluarga mangsa banjir menerima bantuan keperluan asas dalam program khidmat bakti Sukarelawan Al Falah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan pada 9 Februari 2016.

Eksekutif Kanan Sukarelawan Al Falah YADIM, Shahrizal mat berkata, program ini telah melibatkan dua pasukan Sukarelawa Al Falah YADIM iaitu pasukan dari Pekan dan Politeknik Muadzam Shah (PMS) bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampun Temai, Pekan.

“Seramai 60 orang telah terlibat dalam program ini dan di antara aktiviti yang diadakan termasuk gotong royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah, klinik kesihatan, Tabika Kemas dan tanah perkuburan,’’ katanya.

Beliau berkata, musibah banjir besar yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini telah menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat di seluruh Malaysia termasuk Pasukan Sukarelawan Al-Falah YADIM PMS untuk membuat sumbangan sama ada dari segi tenaga sukarelawan dan lain-lain.

Jelasnya, Pasukan Sukarelawan Al-Falah YADIM PMS adalah satu pasukan yang ditubuhkan untuk menjalankan program-program kebajikan yang berkaitan dengan musibah, kemanusiaan dan sebagainya.

“Pasukan Sukarelawan Al-Falah YADIM PMS terdiri daripada staf akademik dan staf sokongan serta pelajar-pelajar PMS yang prihatin dan peka terhadap isu-isu kemanusiaan seperti berlaku kebakaran, banjir, dan sebagainya.

“Atas rasa tanggungjawab kemanusiaan inilah maka Pasukan Sukarelawan Al-Falah YADIM PMS mengambil inisiatif untuk mengadakan program ini bagi tujuan membantu mangsa banjir membersih bilik darjah dan kawasan Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan,’’ katanya.

Beliau berkata, selain daripada program gotong-royong dan penyampaian bantuan, yang turut diadakan adalah program motivasi kepada mangsa-mangsa banjir bagi memulihkan semangat mereka yang mungkin luntur akibat kemusnahan dan kehilangan harta benda.

Jelasnya, program yang diadakan itu juga satu bentuk pendedahan kepada ahli-ahli Sukarelawan Al-Falah dalam memahirkan diri berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan penduduk kampung.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *