Home » Langit Terbuka » Wanita Islam mengandung ditendang di UK, anak meninggal dunia

Wanita Islam mengandung ditendang di UK, anak meninggal dunia

MILTON KEYNES(UK), 9 Februari – Seorang lelaki telah didakwa kerana menyerang seorang perempuan Muslim hamil yang kemudiannya keguguran bayi kembar dalam kandungan akibat serangan itu.

David Gallacher, 37, dilaporkan menyerang bakal ibu itu dengan menendang perutnya ketika beliau sedang berjalan berhampiran dengan masjid.

Wanita Somalia yang tidak dinamakan itu, yang merupakan ibu kepada empat anak lagi terpaksa melarikan diri rumahnya dalam ketakutan akibat serangan berkenaan.

Beliau pada sebelumnya tidak mengetahui bahawa kandungannya adalah kembar sehingga pihak medik memberitahu bahawa beliau telah kehilangan mereka kerana serangan itu.

Manakala, suaminya yang berusia 40 tahun pula terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu teksi untuk tinggal di rumah bagi menjaga isterinya yang trauma.

Gallacher didakwa melakukan serangan yang menyebabkan kecederaan tubuh badan, serangan kerana menumbuk dan dua dikenakan tuduhan melakukan serangan perkauman atau agama secara teruk.

Dia juga pernah didakwa menyerang seorang lelaki yang cuba untuk campur tangan dalam kejadian berhampiran sebuah kedai Ko-op di Milton Keynes, Bucks, Ogos lalu. – Agensi

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *