Home » Langit Terbuka » PBB gesa bantuan kemanusiaan segera terhadap orang awam di Fallujah

PBB gesa bantuan kemanusiaan segera terhadap orang awam di Fallujah

 

FALLUJAH, Khamis – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa masyarakat antarabangsa supaya membantu rakyat Iraq yang melarikan diri dari operasi menentang militan IS di Fallujah.

Ini berikutan lebih daripada 60,000 kemasukan semula rakyat Iraq ke Fallujah selepas dipaksa keluar sejak beberapa bulan lalu sehingga tidak dapat menampung bantuan kemanusiaan terhadap mereka.

Keadaan itu menyebabkan ribuan keluarga tidak mempunyai bekalan makanan mahupun tempat tinggal.

Agensi pelarian PBB berkata, 20 lagi kem diperlukan dalam masa terdekat untuk memberi perlindungan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Malah agensi itu berkata, pihaknya akan segera mencari dana sebanyak AS17.5 juta bagi memenuhi keperluan rakyat Iraq di Fallujah dengan segera.

Bagaimanapun, Ahli Majlis menyambut baik kejayaan yang dicapai oleh tentera Iraq dalam serangan pada 22 dan 23 Mei lalu untuk mengambil semula Fallujah dari puak pelampau IS.

Kejayaan serangan itu menyebabkan militan IS kehilangan 45 peratus daripada wilayah tersebut.- Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *