Home » Langit Terbuka » MAIWP nafi kutip zakat RM2.2 bilion pada 2013

MAIWP nafi kutip zakat RM2.2 bilion pada 2013

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook bahawa kutipan zakatnya bagi 2013 mencecah RM2.2 bilion.

MAIWP, dalam satu kenyataan di sini, menjelaskan jumlah itu adalah yang berjaya dikutip oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) sejak ditubuhkan pada 1991 sehingga 2013.

“Jumlah itu adalah jumlah yang telah berjaya dikutip dan kemudiannya diagihkan oleh MAIWP menerusi pelbagai program agihan zakat seperti mana dilaporkan dalam laporan tahunan yang dibentangkan di Parlimen,” menurut kenyataan itu.

Suara Rakyat, dalam akaun Facebooknya hari ini, mendakwa sehingga kini tiada pengumuman mahupun laporan kutipan zakat bagi tahun 2014 dan 2015 yang dikeluarkan selain mempersoalkan “ada sesuatu berlaku” pada kutipan zakat itu yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

Menurut MAIWP, kutipan zakat di Wilayah Persekutuan dan juga laporan agihan perlu diaudit dan dibentangkan setiap tahun di Parlimen.

Bagi tahun 2014, laporan tahunan MAIWP telah dibentangkan di Parlimen pada Oktober 2015 dan laporan boleh dimuat turun di www.maiwp.gov.my. Bagi tahun 2015, laporan itu kini dalam proses pengauditan oleh Jabatan Audit Negara (JAN).

“Untuk makluman laporan kewangan MAIWP telah mendapat sijil audit bersih daripada JAN selama sembilan tahun berturut-turut sejak 2006.

“MAIWP juga telah menerima penarafan tertinggi iaitu empat bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2011 hingga 2013,” menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *