Home » Citra Yadim » Peduli Remaja Rimba Café YADIM Kedah
a

Peduli Remaja Rimba Café YADIM Kedah

LEGONG – Menarik minta orang ramai khususnya remaja untuk sama sama terlibat melestari gerakan dakwah bukan mudah.

Apatah lagi golongan ini kini sentiasa terkehadapan dalam pelbagai bidang, khususnya teknologi maklumat, lantas memberikan cabara cukup besar untuk para pendakwah. Justeru, menarik minat mereka melalui apa yang digemari mereka adalah satu cara untuk melibatkan mereka.

Aktiviti lasak di luar kelas, atau di suasana semulajadi antara yang dilihat mampu menarik mereka untuk bersama melestari gerakan dakwah.

Mengambil kesempatan itu, YADIM Kedah dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Baling/Sik telah menganjurkan Program Peduli Remaja bersempena Program Bulan Dakwah 3.0 bertempat di Rimba Cafe, di sini pada 11 November.

Seramai 40 peserta terdiri dari enam Kawasan Rukun Tetangga Daerah Baling menyertai program ini.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Firdaus Che Rush turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Baling/Sik, Tuan Mohammad Farid Bakar, Pengerusi Sukarelawan Baling, Abu Hassan Musa dan Pengerusi Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Baling.

Konsep dakwah secara santai, dengan kaki direndamkan di anak sungai mempunyai potensi untuk dikembangkan lagi bagi mencapai hasrat menyeru dan menarik lebih ramai peserta pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *